KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia di Hospital Selayang di sini pada 4.30 pagi tadi.
Berita pemergian bekas pemain tengah berusia 58 tahun itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Facebook rasminya.
"Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin. Al-Fatihah," menurut FAM.
Sementara itu, rakan kepada legenda negara itu, Zulkifli Mohamad ketika dihubungi memaklumkan Azhar, sebelum ini menderita penyakit angin ahmar selain mengalami komplikasi jantung.
"Allahyarham turut mengadu mengalami gangguan pernafasan hingga terpaksa menggunakan mesin bantuan oksigen di hospital tersebut," katanya.
Zulkifli berkata jenazah Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Buloh, Selangor.
Pemain yang seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari itu pernah membantu skuad Harimau Malaya menjuarai Pestabola Merdeka 1986, selain pernah beraksi di Sukan Asia Seoul 1986 di Korea Selatan.
Allahyarham turut memainkan peranan penting dalam pasukan Selangor apabila menjaringkan gol ketika final Piala Malaysia 1984 dan 1986 untuk membantu skuad Red Giants muncul juara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia di Hospital Selayang pada 4.30 pagi tadi. -Facebook Chef Matt
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain FAM juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).